cursor

Tuesday, November 30, 2010



Tuhanku..aku masih ingat saat pertama..
aku belajar mencintaiMU...
lembar demi lembar kitab ku pelajari..
untai demi untai kata ustaz ku resapi..
tentang cinta para nabi..
tentang cinta para sahabat..
tentang mahabbah para sufi..
tentang kerinduan para syuhada..
lalu ku tanam dalam jiwa dalam-dalam..
ku tumbuhkan dalam mimpi...
serta idealisme yang mengawang di awan..

Tapi Ya Rabbi...
berbilang detik,jam,minit,hari,bulan,dan kemudian tahun berlalu..
aku berusaha mencintaiMU dengan cinta yang paling utama..
Tetapi..
aku masih jua tak menemukan cinta tertinggi untukMU...
aku makin merasakn gelisahku membadai..
dalam cita yang mengawang..
sedang kakiku mengambang..
tiada menjejak bumi..
hingga aku terhempas dalam jurang kegelapan...

Wahai Illahi..
kemudian berbilang detik,minit,jam,hari,tahun berlalu..
aku mencuba untuk merangkak..
menggapai permukaan bumi..
dan menegakkan jiwaku kembali..
Menatap..memohan dan menghibaMU...

Allahu Rahim..Illahi Rabbi..
perkenankanlah aku mencintaiMU...
semampuku...

Allahu Rahman...Illahi Rabbi...
perkenankanlah aku mencintaiMU...
sebolehku...
dengan segala kelemahanku...

Ya Illahi...
aku tak sanggup mencintaiMU..
dengan kesabaran menanggung derita..
umpama Nabi Ayub,Musa,Isa hingga Al Musthafa..
kerana itu izinkan aku mencintaiMU..
melalui keluh kesah pengaduanku padaMU...
atas derita batin dan jasadku..
atas sakit dan ketakutanku..

Ya Rabbi..
aku tak sanggup mencintaiMU..
seperti Abu Bakar..
yang menyedekahkan seluruh hartanya..
dan hanya meninggalkan Engkau..RasulMU bagi diri dan keluarga..
atau layaknya Umar..
yang menyerahkan seluruh hartanya untuk jihad..
atau Uthaman..
yang menyerahkan 1000 ekor kuda untuk syiar AddinMU..
izinkan aku mencintaiMU..
seringgit dua yang terhulur..
pada tangan-tangan kecil di perempatan jalanan..
pada wanita tua yang menadahkan tangan di tepi jambatan..
pada makanan sederhana yang di kirim ke handai taulan..

Ya Illahi..
aku tak sanggup mencintaiMU..
dengan khusyuknya solat..
salah seorang sahabat nabiMU..
hingga tidak terasa anak panah yang tertusuk di kakinya..
kerana itu Ya Allah..
perkenankanlah aku bertatih menggapai cintaMU..
dalam solat yang ku cuba terbata-bata..
meski terkadang fikiran melayang pada persoalan dunia..

Ya Rabbi..
aku tak dapat beribadah ala para sufi dan rahib..
yang membaktikan seluruh malamnya untuk bercinta denganMU..
maka izinkanlah aku untuk mencintaiMU..
dalam satu dua rakaat lailku..
dalam satu dua sunnah NafilahMU..
dalam desah nafas kepasrahan tidurku..

Ya Maha Rahman..
aku tak sanggup mencintaiMU bagai..
para al hafidz dan hafidzah..
yang menuntaskan kalamMU dalam satu malam..
perkenankanlah aku mencintaiMU..
melalui selembar dua tilawah harianku..
lewat lantunan seayat dua ayat hafalanku..

Ya Maha Rahim..
aku tak mampu mencintaiMU seperti Sumaiyyah..
yang mempersembahkan jiwa demi menegakkan AddinMU..
maka perkenankanlah aku mencintaiMU..
dengan mempersembahkan sedikit bakti..
serta pengorbanan untuk dakwahMU..
maka izinkanlah aku mencintaiMU..
dengan sedikit pengajaran bagi tumbuhnya generasi baru..

Allahu Kareem..
aku tak sanggup mencintaiMU atas segalanya..
bagai Ibrahim yang rela ditinggal putera dan zaujahnya..
dan patuh mengorbankan putera biji matanya..
maka izinkanlah aku mencintaiMU dari segalanya..
izinkanlah aku mencintaiMU dengan mencintai keluargaku..
dengan mencintai sahabat-sahabatku..
dengan mencintai manusia dan alam semesta..

Allahhu Rahman NurRahim..
perkenankanlah aku mencintaiMU semampuku..
agar cinta itu mengalun dalam jiwa..
agar cinta itu sentiasa mengalir di nadiku...

No comments:

Post a Comment