cursor

Tuesday, November 30, 2010

Bila Wanita Hilang Rasa Malu

Semakin hari semakin gelisah kita melihat aksi sebahagian besar wanita-wanita muslimah di luar sana.Berbagai jenis fesyen yang mereka kenakan dengan pelbagai jenis gaya dan trend yang di ikuti.Kadang-kadang dengan mengikut trend terkini..mereka jadi terikut dengan budaya barat dalam berpakaian sehingga sulit untuk membezakan sama ada dia Isla atau tidak...

Demikian yang bertudung pula..kadang kala disebabkan ingin nampak lebih progressif ,aktif atau "funky",mereka begitu bertungkus lumus mencari pakaian yang berlabel muslimah kononnyayang hanya menutup aurat tetapi ada pula yang jenis ketat..sendat..lagi singkat..Berletih-letihan melilit tudung di kepala tetapi dadanya menonjol terbuka..Muslimah sejatikah itu???

Duhai wanita!!!Begitu sukar sekali mengawal kehendakmu jika hati kalian sudah terpalit dengan kenikmatan dunia...

Belum lagi di kira akan malunya mereka pada gambar-gambar yang dipertontonkan di khayalak ramai di alam maya seperti "facebook".."friendster"..dan lain-lain laman sesawang yang sebahagiannya menjadi santapan lazat kepada para lelaki yang "kacau jiwanya"...

Tidak takutkah mereka jika gambar mereka itu disabotaj atau menjadi bahan fitnah lelaki yang lemah jiwanya???atau di edit lalu di tampal pada laman porno atau menjadi pemuas nafsu kepada lelaki "si hidung belang"???

Ada juga wanita yang menutup aurat lengkap tetapi bergambar ghairah lalu diletakkan di laman sosialnya itu..Kita tidak tahu apakah yang di fikirkan oleh muslimah sebegini..Mungkin ingin mencari perhatian daripada si lelaki atau dengan berprasangka baik dengan tujuan yang tertentu yang kita sendiri tidak tahu...

Kadang kala muslimah yang telah faham Islam dan ilmu yang cukup lalu diuji dengan kurniaan wajah yang cantik lagi menawan tetapi dek berkeinginan terhadap sanjungan dunia barangkali..dia terpengaruh dengan mengikuti kebiasaan orang biasa yang kebanyakannya jahil lagi mengikut hawa nafsu ,maka tidak hairanlah jika kita lihat ada juga muslimah yang meletakkan gambar yang menawan di profilnya itu...

Tidak merasa sensetif langsung dengan natijah buruk yang akan timbul apabila ramai lelaki yang melihatnya dan berkeinginan sesuatu darinya..dia hanyut dengan pujian para lelaki asing terhadap kecantikan wajahnya itu barangkali...

Di manakah hilangnya sifat malu mereka yang ianya adalah resmi bagi mereka itu selama ini???
Apakah malu mereka telah menipis sehingga sanggup melakukan hal sedemikian??

Benarlah sabda Rasulullah S.A.W...
"Biar hilang budaya malumu lakukanlah apa sahaja yang kamu kehendaki.."(HR Bukhari)

Tak salah rasanya muslimah meletakkan gambarnya di laman sesawang itu bagi tujuan perkongsian pengalaman dengan rakan-rakan wanitanya yang lain tetapi hendaklah di pastikan terlebih dalulu dengan yakin bahawa ia mempunyai privasi yang kukuh bagi mengelakkan lelaki asing dari melihatnya..Namun risikonya tetap ada...

Betapa ramai wanita yang pada mulanya disangka solehah namun setelah di lihat aksi gambarnya di alam mayanya telah terjatuh aib serta sahamnya di hadapan kaum lelaki yang mula mengaguminya...

Berbagai aib dan kecacatan telah di lihat.Namun,hidayah milik Allah ,kita hanya menyampaikan sahaja untuk kesejahteraan bersama..maka renungkan lah bersama wahai wanita muslimah yang ku kasihi sekalian...

"Duhai wanita..kepada siapa sebenarnya kamu mahu mempamerkan kecantikanmu itu??"
"Apakah kepada suamimu atau lelaki asing bagimu??"
"Sanggupkah kalian menyebarkan fitnah secara tak sedar lalu merosakkan kaum muslimin dengan aksi-aksimu itu???"

Segala jawapannya ada di dalam diri anda..Hanya anda sahaja yang mampu mengubah diri anda....

"Dan wanita yang terbaik adalah yang tinggi nilai malu dan Agamanya..."

P/S:- tak semua muslimah begitu hanya segelintir shaja..mohon maaf jika ada yang terasa hati ..tiada niat untuk menghina peribadi seseorang dan anggaplah ini hanya sebatas perkataan bagi tujuan saling menasihati..Semoga Allah sentiasa membantu kita...

No comments:

Post a Comment