cursor

Tuesday, November 30, 2010

Apakah itu cinta???

Cinta tak pernah meminta..ia sentiasa memberi..cinta membawa penderitaan..tetapi tidak pernah berdendam..tak pernah berbalas dendam..di mana ada cinta..di situ ada kehidupan..manakala kebencian membawa kepada kemusnahan..

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan..dua tangan untuk memegang..dua telingan untuk mendengar dan dua mata untuk melihat..Tetapi mengapa Tuhan menganugerahkan sekeping hati kepada kita??kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati kepada seseorang untuk kita mencarinya..Itulah namanya Cinta...

Ada dua titis air mata mengalir di sebuah sungai..satu titis air mata menyapa air mata yang satu lagi.."saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya.."Siapa kamu pula??"Jawab titis air mata yang kedua itu.."saya air mata seorang lelaki yang menyesal kerana membiarkan seorang gadis yang mencintai dirinya begitu sahaja.."

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain dan kamu masih mampu tersenyum sambil berkata"aku turut bahagia untukmu"..Jika kita mencintai seseorang..kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tiada di sisi kita...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba..Jangan sesekali menyerah jika kamu merasa masih sanggup..Jangan sesekali kamu menyatakan bahawa kamu tidak mencintainya jika kamu masih tidak dapat melupakannya..Perasaan cinta itu bermula dari mata..sedangkan rasa suka dimulai dari telinga..Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang cukup dengan menutup telinga tetapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai..cinta itu akan berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal di hatimu dalam jarak waktu yang cukup lama...

Cinta datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah di kecewakan..kepada yang masih mempercayainya...walaupun telah dikhianati..kepada mereka yang masih ingin dicintai..walaupun mereka telah disakiti sebelumnya..dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan..Jangan simpan kata-kata cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia..lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya..Sebaliknya ungkapkan kata-kata cinta itu selagi ada hayatnya...

Mungkin Allah menginginkan kamu bertemu dan bercinta dengan orang yang salah terlebih dahulu sebelum menemui cinta yang tepat..kita harus mengerti untuk berterima kasih untuk semua itu...

Wanita-wanita yang keji untuk laki-laki yang keji..dan laki-laki yang keji adalah untuk waita-wanita yang keji..dan wanita-wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan laki-laki yang baik untuk wanita-wanita yang baik.."(surah An-Nur:26)

Yakinlah janji Allah itu amat benar..bila anda baik insyaAllah akan mendapat pasangan yang baik..asal dengan ikhtiar dan tawakal kepadanNYA...bila kasih tak sampai..jangan pula seperti pungguk rindukan bulan..bila cinta tak berkait..jangan duduk berangan-angan..walau jodoh sudah ditakdirkan ia takkan datang sendiri..bila ia sidah nampak..jangan biarkan ia pergi...(^_^)

No comments:

Post a Comment