Tuesday, November 30, 2010
Hebat Sangatkah Cinta
Hebat sangatkah cinta??
atau hawa nafsu semata...
jika tiada calon ramai yang bertanya,
mengapa tidak di car katanya..
Hebat sangatkah cinta??
jika cuma sesama manusia,
apatah lagi berlainan jantina,
hingga agama di letak di belakangnya..
Hebat sangatkah cinta??
jika statusku single mereka hairan tertanya,
sedangkan solat lima waktu tidak diberatnya,
jika ramai tak buat di pandang biasa..
Hebat sangatkah cinta??
menghayati rasa yang terkandung di dada,
terlahirnya sajak puitisnya cinta,
lautan api sanggup diredah katanya..
Hebat sangatkah cinta??
hingga semua nak diserahkannya,
katanya memujuk katanya aku yang teristimewa,
sedangkan ayat sampah tu dah beribu kali di jaja...
Hebat sangatkah cinta??
kononnya di hati tulus setia,
membukti cinta tanpa diduga,
akhirnya tubuh menjadi mangsa...
Hebat sangatkah cinta??
"saya suka awak kerana agama"
kalau begitu kenapa dekati zina,
jika benar agama ukurannya...
Hebat sangatkah cinta??
mampu membuat diri tersenyum manja,
khayalnya meneguk madu cinta,
sedangkan yang diteguk racun berbisa...
Hebat sangatkah cinta???
sehingga mata yang celik menjadi buta,
dosa pun dia kata"tak apa"
janji kau aku yang punya...
Hebat sangatkah cinta??
jawapannya ya,
jika mencari cinta Yang Esa,
bahagia kekal untuk selamanya...
Hebat sangatkah cinta??
sesama insan saling setia,
hukum Allah tidak di lupa,
syariat Allah selalu di jaga...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment