cursor

Tuesday, November 30, 2010

Tolong Beritahu Muslimah



Beritahu pada muslimah itu bahawa dirinya diibarat seperti kaca...disentuh terguris..dihantuk serpih..dihempap berkecai...

Beritahu jua pada muslimah itu bahawa jaga tutur kata..cakap tinggi nanti dibenci..terlalu rendah dipijak pula..cakap sombong mengundang lawan..hati-hati meluah kata..kerana pulut santan binasa..kerana mulut badan binasa...

Beritahu jua pada muslimah bahawa jaga tingkah laku..harga diri ada padanya..jangam meluru mengikut telunjuk nafsu..sesekali tersilap langkah..akan dihukum selamanya..keturunan dicerca payah..menyesal kemudian tiada faedah...

Beritahu jua pada muslimah bahawa jaga pakaian..ia cermin peribadi..jua lambang bangsa..di mana dan di dalam apa jua keadaan sekalipun biar orang kenal dia orang Islam...

Beritahu jua pada muslimah simpan sedikit malu..kerana malu itu sebahagian daripada iman...malu itu baik semuanya....

No comments:

Post a Comment